
Malaysia dan UAE berhasrat tingkat usaha bangunkan vaksin COVID-19
KUALA LUMPUR 30 Dis – Malaysia berhasrat untuk meningkatkan usaha membangunkan vaksin bersama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usaha menangani pandemik COVID-19, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam temu bual eksklusif denganΒ Emirates News Agency (WAM) Seri Paduka bertitahΒ UAE telah menunjukkan bahawa negara itu adalah rakan kepada Malaysia dalam tempoh sukar ini.
βKedua-dua negara boleh meneroka dan memperhebatkan hubungan dalam bidang pembangunan vaksin COVID-19 dan mengukuhkan kerjasama pasca pandemik antaranya dalam bidang kesihatan, pendidikan, keselamatan makanan, pertanian, teknologi masa depan, tenaga bersih dan boleh diperbaharui, industri halal serta pelancongan,β titah Seri Paduka seperti yang dipetik dalam laporan WAM semalam.
Al-Sultan Abdullah berada Abu Dhabi, UAE untuk lawatan lima khas lima hari, dan dalam lawatan itu bagindaΒ telah mengadakan pertemuan denganΒ Putera Mahkota Abu DhabiΒ Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan yang jugaΒ TimbalanΒ KomandanΒ TertinggiΒ Angkatan Bersenjata UAE serta pegawai-pegawai kanan negara berkenaan.
Sementara itu, Al-Sultan Abdullah turut mengulas mengenaiΒ nilai-nilaiΒ bersamaΒ antaraΒ negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan menyatakanΒ bahawa Malaysia sebagai negara perdagangan telah meletakkan penekanan yang kukuhΒ terhadapΒ hubungan dengan negara-negara GCC, terutamanyaΒ UAE.
βMalaysia juga berkongsi banyak persamaan dengan negara GCC, dengan lokasi geografinya yang strategik, UAE khususnya, telah menjadi hab perdagangan utama bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di seluruh dunia sejak sekian lama,β titah Seri Paduka. – BERNAMA


