Sorting by

×

HAYATI PENGERTIAN TERSURAT, TERSIRAT IBADAH KORBAN

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

KESIDANG 9 Jun – Sebelum memeluk Islam, pengertian mengenai korban yang difahami hanyalah sekadar aktiviti menyembelih lembu sebelum diagihkan kepada orang lain.

Namun bagi mualaf, Aishah Mujah, 47,  berasal dari Mukah, Sarawak berkata selepas mengucapkan dua kalimah syahadah dia diajar mengenai Islam dengan lebih mendalam dan menyifatkan ibadah korban mempunyai maksud tersirat serta tersurat.

Img 20250608 233751 400
AISHAH Mujah, ditemui pada Program Kasih Qurban Perdana Mualaf Negeri Melaka di Kompleks Darul Huda, Balai Islam MAIM, Kesidang. Foto Iqmal Haqim Rosman

Kata Aishah, dia kini lebih jelas mengenai pengertian ibadah itu yang mengajak umat Islam mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya.

“Alhamdulillah, sebagai saudara baharu banyak pengajar boleh dijadikan panduan berdasarkan peristiwa melibatkan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, terutamanya menanamkan semangat kecintaan terhadap agama Islam,” kata ibu tunggal enam anak itu kepada Melaka Hari Ini.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada Program Kasih Qurban Perdana Mualaf Tahun 2025 di Balai Idlsm Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), di sini, semalam.

Nada sama turut disuarakan mualaf warga emas, Maryan Lye Liang Luang, 67, pertama kali menyertai Program Kasih Qurban Mualaf anjuran Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Jelasnya, korban bukanlah hanya menyembelih lembu, kambing atau haiwan ternakan lain namun ia mengajar erti sebenar pengorbanan dalam hidup.

Img 20250608 233838 151
MARYAN Lye Liang Luang, ditemui pada Program Kasih Qurban Perdana Mualaf Negeri Melaka di Kompleks Darul Huda, Balai Islam MAIM, Kesidang. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Korban membantu saya mempelajari pensyariatan ibadah ini dan makna sebuah pengorbanan selain pengertian Aidiladha.

“Bagi saya ilmu mengenai ibadah korban ini penting untuk dipelajari bagi menjadi Muslim yang baik, syukur tahun ini diberi rezeki dan peluang untuk menyertai program ini bersama mualaf lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

562
Kongsi :
Previous post MAIM LAKSANA IBADAH KORBAN DI KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT SERAYA
Next post PERTUMBUHAN EKONOMI MELAKA BAWA KEYAKINAN INSTITUSI PERBANKAN – KM