Sorting by

×

AB RAUF SUNTIK SEMANGAT KEPADA LEBIH 1,700 PELAJAR

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

DURIAN TUNGGAL 26 Julai – Lebih 1,700 pelajar Tingkatan Lima dari seluruh Melaka menghadiri Sesi Bicara Tokoh bertemakan ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’ yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), semalam.

Program anjuran Kursus Kenegaraan Malaysia Madani itu bertujuan menyemai semangat patriotisme, jati diri dan nilai kepimpinan dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah menengah.

Kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh selaku tokoh jemputan menjadikan program tersebut lebih bermakna buat peserta.

Pada program itu, Ab Rauf berkongsi pelbagai kisah hidupnya bermula daripada latar belakang asal usul, pengalaman peribadi, pengetahuan serta pandangan beliau sebagai Ketua Menteri dalam membawa Melaka ke arah sebuah negeri yang mencerminkan prinsip Malaysia Madani.

Antara perkara yang disentuh beliau termasuklah kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), selain berkongsi lebih 100 inisiatif yang telah berjaya dilaksanakan sejak beliau menerajui pentadbiran negeri bermula Mac 2023.

Program itu turut bertujuan memberikan inspirasi, informasi dan wawasan kepada peserta sebagai persiapan menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

Turut hadir, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan serta Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

586
Kongsi :
Previous post 11 LOT TANAH PERSENDIRIAN TERLIBAT PROJEK ‘ROCK REVETMENT’ PANTAI SIRING
Next post MALAM MANTAI PENUTUP WRUR DUYONG MERIAH