
MALAM MANTAI PENUTUP WRUR DUYONG MERIAH
DUYONG 26 Julai – Kira-kira 3,000 penduduk hadir memeriahkan Program ‘Sembang Bila Orang Muda Ada Kuasa’ bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong diadakan di Dewan Terbuka Semabok Dalam, di sini, semalam.
Program bersifat serampang dua mata itu dimulakan seawal jam 8 malam tadi dengan sesi pendedahan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri.
Program diikuti dengan sesi pendedahan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada anak muda disampaikan Exco Pelaburan, Perindustrian, dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar.
Kemudiannya, program itu disusuli dengan acara utama iaitu sesi ceramah disampaikan Pengarah Urusan Madas Centre, Ustaz Mohammad Ya’akub Yusra Mohd Yusof.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Sambutan pada malam itu ditutup dengan acara persembahan penyayi kumpulan tanah air, One Avenue Band.
Pelbagai acara menarik khususnya reruai jualan dan pameran diadakan sepanjang program berkenaan melibatkan pelbagai agensi TVET dan sebagainya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
68 LAMPU SOLAR TERANGI JALAN GELAP ASAHAN
ASAHAN 26 Ogos - Jalan-jalan gelap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal diterangi 68 lampu solar yang bakal dipasang...
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
