Sorting by

×

HEBAT, WRUR PLATFORM BERKESAN SELESAI ADUAN RAKYAT

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 9 Ogos – Langkah Kerajaan Negeri menganjurkan Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat (HEBAT) setiap dua bulan sekali perlu dipuji kerana mampu menyelesaikan masalah rakyat secara berterusan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, pendekatan itu bukan sahaja memberi ruang kepada rakyat menyuarakan isu kepada Kerajaan Negeri, malah membolehkan tindakan segera diambil.

“Untuk edisi pertama ini, sebanyak lebih 200 aduan diselesaikan membabitkan isu yang pelbagai.

“Mungkin dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang, akan timbul masalah baharu.

“Jadi, dengan adanya program HEBAT setiap dua bulan, kita dapat menangani segera isu-isu tersebut demi kesejahteraan rakyat Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Exco hebat 3
HEE SEM

Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya berkata, inisiatif sama seperti Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) turut membuktikan keberkesanannya dalam mengurangkan jumlah aduan di bawah portfolionya.

“Sebagai contoh, selepas enam edisi WRUR diadakan, jumlah aduan di bawah portfolio saya semakin berkurangan.

“Ini bukti bahawa program sebegini memberi kesan positif kepada rakyat di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

482
Kongsi :
Previous post MASA UNTUK GILAP PEMIMPIN MUDA, WARISI MELAKA
Next post WUJUDKAN RUANG DAYA CIPTA DI PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA