Sorting by

×

ANAK SYARIKAT, AGENSI KERAJAAN NEGERI CATAT PRESTASI MEMBERANGSANGKAN

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka telah menunjukkan peningkatan keuntungan bermula 2022 hingga 2024, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Berkongsi perkembangan positif itu Ketua Menteri berkata,  pada 2022 sebanyak 33 syarikat atau 52 peratus daripada 63 keseluruhan syarikat mencatatkan keuntungan.

“Sementara itu pada 2023 turut berlaku pertambahan syarikat mencatat keuntungan iaitu 35 buah atau bersamaan 56 peratus. Momentum positif ini diteruskan pada 2024 apabila 39 syarikat atau 62 peratus mencatatkan keuntungan.

“Ini jelas menunjukkan pemerhatian dan pemantauan yang kita laksanakan amat efektif bagi memastikan syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri terus maju dan kompetitif,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Lab Pemantapan Model perniagaan Berteraskan Kelestarian Oleh Agensi & Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Serta Lab Pengukuhan Kutipan Hasil Baharu Negeri Melaka.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; barisan Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh, ketua jabatan serta agensi Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri berkata, program berkenaan yang dijalankan di Genting Highlands, Pahang tahun lalu menunjukkan peningkatan pencapaian oleh agensi dan anak syarikat.

“Saya dimaklumkan, menerusi penilaian dijalankan pada Julai lalu dua anak syarikat sudah dipersetujui untuk dikeluarkan daripada kategori ICU setelah berjaya menunjukkan prestasi kewangan yang memberangsangkan.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) dan ICM Industries Sdn Bhd,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

501
Kongsi :
Previous post SEMANGAT PATRIOTIK WARGA MCORP
Next post WRUR BERI ILMU DIGITAL PERCUMA UNTUK RAKYAT