Sorting by

×

GELANGGANG FUTSAL TAMAN KELEMAK JAYA SIAP TAHUN INI

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

REMBIA 14 Ogos – Penantian penduduk Taman Kelemak Jaya untuk memiliki kemudahan sukan bakal berakhir apabila projek gelanggang futsal yang kini dalam proses pembinaan dijadualkan siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Mengulas lanjut perkara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, apabila siap kelak projek itu bakal memberikan manfaat kepada komuniti Taman Kelemak Jaya.

Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata projek itu mendapat kelulusan Kementerian Ekonomi selepas permohonan diangkat awal tahun ini, manakala Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pula bertindak sebagai agensi pelaksana.

“Sebelum ini Taman Kelemak Jaya langsung tidak memiliki kemudahan sukan meskipun penduduk sudah lama menyuarakan mengenai kehendak mereka. Tetapi alhamdulillah, tidak lama lagi penantian mereka akan berakhir, majlis pecah tanah juga sudah berlangsung.

“Mengikut jadual pembinaan gelanggang futsal ini akan mengambil masa empat bulan atau siap sepenuhnya hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Gelanggang Futsal di Taman Kelemak Jaya sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Rembia, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua WHIP MPAG, Clr. Ghafar Ngah dan Pengarah Kejuruteraan MPAG Sugiman Johari serta kenamaan lain.

Sementara itu, Fairul Nizam turut memaklumkan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM25,000 bagi pembinaan gelanggang takraw di Taman Seri Sutera dan Taman Kebaya.

“Pembinaan gelanggang takraw di kedua-dua lokasi ini juga dijangka mengambil masa empat bulan, pelaksanaan projek membuktikan Kerajaan Negeri cakna terhadap keperluan kemudahan rekreasi dan sukan peringkat komuniti, sekali gus membudayakan amalan gaya hidup suhat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1192
Kongsi :
Previous post ‘YES! ROCK THE SCHOOL’ PEMANGKIN MASA DEPAN BELIA
Next post PBT MELAKA ‘ALL OUT’ SAMBUT WTD 2025