Sorting by

×

TRADISI GOTONG-ROYONG SUBURKAN PERPADUAN FELDA HUTAN PERCHA

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

MACHAP JAYA 28 Ogos – Semangat bergotong-royong menjadi rahsia perpaduan antara kaum dalam kalangan penduduk di Kampung Felda Hutan Percha.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Hutan Percha, Nizam Baharom berkata, berikutan itu penduduk berharap amalan itu dapat diteruskan generasi muda pada masa akan datang.

6156977928718633193
PENGERUSI Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Hutan Percha Nizam Baharom. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Katanya, bergotong-royong terbukti mengeratkan hubungan antara penduduk, sekali gus menepis sifat-sifat negatif yang mampu mengikis semangat perpaduan yang sekian lama subur di kampung itu.

“Hasrat kami semua adalah amalan tradisi sudah sebagai dalam diri generasi kedua dan ketiga felda ini menjadi ikutan generasi seterusnya, bukan sahaja menjadi bukti semangat patriotisme kami tetapi terus menyuburkan hubungan silaturahim antara kaum,” katanya.

6156977928718633195
PEGAWAI Waran II (B) Abdullah Mad Shah. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Sementara itu, penduduk kampung, Pegawai Waran II (B) Abdullah Mad Shah, 65, berkata, apa yang menarik amalan permuafakatan golongan sudah berusia seperti dirinya dalam aktiviti gotong-royong turut melibatkan orang muda.

“Amalan pemuafakatan adalah ramuan perpaduan, cuma ini perkara mampu saya wariskan kepada orang muda. Biarlah kesepakatan kami menjadi suri teladan seterusnya ikutan kepada genersi akan datang.

“Setiap Jalur Gemilang yang dikibarkan bukan sekadar suka-suka sebaliknya ingin menyemai semangat patriotik serta cintakan negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

981
Kongsi :
Previous post PPSPM RANCAKKAN JALINAN KERJASAMA, BANTU PELANCONG KE MELAKA BERJIMAT
Next post ORIENTAL MELAKA STRAITS MEDICAL CENTRE DINOBAT HOSPITAL O&G TERBAIK MELAKA