Sorting by

×

RAIH PENGIKTIRAFAN ASEAN, BUKTI KOMITMEN MPHTJ

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 6 September – Usaha dan kesungguhan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dalam mengurus persekitaran bandar dengan lebih mampan mendapat pengiktirafan ASEAN 5th Certificate of Recognition (COR) – Clean Air for Small Cities sempena ASEAN Ministerial Meeting on The Environment (AMME) Gala Dinner di Kedah baru-baru ini.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Sapiah Haron berkata pengiktirafan berprestij itu diberikan hasil usaha MPHTJ melaksanakan inisiatif ā€œSmart Air Quality Monitoringā€ di bawah kerangka Perbandaran Pintar & Rendah Karbon (Smart Low Carbon Cities) Hang Tuah Jaya.

Katanya, kejayaan itu hasil komitmen MPHTJ dalam mengurus persekitaran bandar dengan lebih mampan, selaras dengan agenda Sustainable Development Goals (SDG) 2030.

ā€œAnugerah ini adalah pengiktirafan kepada kerja keras warga MPHTJ. Ia memberi semangat baharu kepada kami untuk terus memperkukuh inisiatif bandar pintar rendah karbon demi kesejahteraan masyarakat Hang Tuah Jaya,ā€ katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya lagi, pencapaian ini juga merupakan sebahagian daripada perjalanan ā€˜Smart Low Carbon City Journey’.

ā€œSasaran kami adalah membentuk Perbandaran Rendah Karbon menjelang 2030 dan mencapai status Perbandaran Pintar sepenuhnya pada 2035.

ā€œKejayaan itu sekali gus menegaskan bahawa Melaka bukan sahaja kaya dengan sejarah dan budaya, malah terus melangkah seiring arus pembangunan mampan di peringkat global,ā€ katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1194
Kongsi :
Previous post PRODUK USAHAWAN MELAKA BERSINAR DI OSAKA, SEDIA TEMBUSI PASARAN GLOBAL
Next post MAYAT LELAKI DIJUMPAI DI DALAM KERETA DI SUNGAI PETANI