RAIH PENGIKTIRAFAN ASEAN, BUKTI KOMITMEN MPHTJ

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 6 September – Usaha dan kesungguhan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dalam mengurus persekitaran bandar dengan lebih mampan mendapat pengiktirafan ASEAN 5th Certificate of Recognition (COR) – Clean Air for Small Cities sempena ASEAN Ministerial Meeting on The Environment (AMME) Gala Dinner di Kedah baru-baru ini.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Sapiah Haron berkata pengiktirafan berprestij itu diberikan hasil usaha MPHTJ melaksanakan inisiatif β€œSmart Air Quality Monitoring” di bawah kerangka Perbandaran Pintar & Rendah Karbon (Smart Low Carbon Cities) Hang Tuah Jaya.

Katanya, kejayaan itu hasil komitmen MPHTJ dalam mengurus persekitaran bandar dengan lebih mampan, selaras dengan agenda Sustainable Development Goals (SDG) 2030.

β€œAnugerah ini adalah pengiktirafan kepada kerja keras warga MPHTJ. Ia memberi semangat baharu kepada kami untuk terus memperkukuh inisiatif bandar pintar rendah karbon demi kesejahteraan masyarakat Hang Tuah Jaya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya lagi, pencapaian ini juga merupakan sebahagian daripada perjalanan β€˜Smart Low Carbon City Journey’.

β€œSasaran kami adalah membentuk Perbandaran Rendah Karbon menjelang 2030 dan mencapai status Perbandaran Pintar sepenuhnya pada 2035.

β€œKejayaan itu sekali gus menegaskan bahawa Melaka bukan sahaja kaya dengan sejarah dan budaya, malah terus melangkah seiring arus pembangunan mampan di peringkat global,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1311
Kongsi :
Previous post PRODUK USAHAWAN MELAKA BERSINAR DI OSAKA, SEDIA TEMBUSI PASARAN GLOBAL
Next post MAYAT LELAKI DIJUMPAI DI DALAM KERETA DI SUNGAI PETANI