Sorting by

×

HARI INOVASI NEGERI MELAKA 2025 LEBIH MERIAH

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 9 September – Kira-kira 150 peserta mewakili pelbagai institusi dan agensi akan menyertai edisi kedua Hari Inovasi Negeri Melaka 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 25 September ini.

Pengarah Hari Inovasi Negeri Melaka 2025, Prof Madya Dr. Leong Chean Ring berkata, program kerjasama Kerajaan Negeri bersama Universiti Kuala Lumpur – Malaysia Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET) itu bertemakan ‘Menjana Solusi Inovatif ke Arah Komuniti Sejahtera’.

“Penyertaan melibatkan pelajar serta guru sekolah, institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan di Melaka. Hari Inovasi Negeri Melaka 2025 dijangka menjadi penganjuran yang lebih besar berbanding edisi sulungnya.

“Sebanyak sembilan kategori bakal dipertandingkan antaranya meliputi teknologi alam sekitar, makanan dan pengurusan bencana, pembuatan, automotif, peranti pembuatan serta inovasi sains sosial,” katanya.

Whatsapp image 2025 09 08 at 4.53.27 pm

PENGANJURAN Hari Inovasi Negeri Melaka 2025 pada 25 September.

Menurutnya, festival inovasi tahunan yang dianjurkan Kerajaan Negeri itu sudah pastinya akan menghimpun dan menyemarakkan lagi ekosistem penyelidikan serta inovasi di Melaka.

“Skop kali ini juga lebih meluas selain kerjasama institusi yang lebih kukuh dan tumpuan kepada inovasi semua peringkat pendidikan serta sektor,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

598
Kongsi :
Previous post E-SPA TRANSFORMASI RANCAKKAN INDUSTRI PERUMAHAN
Next post SIASAT RUNGUTAN PESERTA ACARA LARIAN, JAGA IMEJ MELAKA