
SIASAT RUNGUTAN PESERTA ACARA LARIAN, JAGA IMEJ MELAKA
BANDARAYA MELAKA 9 September – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat dengan penganjuran acara larian baru-baru ini diminta untuk menyediakan laporan lengkap berhubung pelaksanaan acara itu.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, ia susulan pelbagai rungutan berhubung penganjuran larian itu termasuk melibatkan aspek keselamatan.
“Setakat ini saya ada mendengar mengenai rungutan itu, jadi saya sudah minta PBT berkaitan untuk menghantar laporan terperinci bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai apa yang sebenarnya berlaku.
“Selepas menerima laporan berkenaan saya akan memberikan penjelasan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Taklimat Pelaksanaan Perjanjian Jual Beli Secara Elektronik (E-SPA), Tandatangan Digital dan E-Stamping Kepada Pemaju Perumahan yang turut dihadiri Pengerusi REHDA Melaka, Datuk Ngoh Chun How, di sebuah hotel, di sini, hari ini.
Menurut Rais, Kerajaan Negeri memandang serius isu berkenaan yang menjadi rungutan peserta larian terutamanya membabitkan isu keselamatan.
“Siasatan perlu dilakukan ia bagi memastikan imej Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan tidak terjejas,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR BUKIT KATIL: KUNJUNGAN KETUA MENTERI SENTUH HATI TOKOH VETERAN
BUKIT KATIL 20 Disember - "Kunjungan ini amat bermakna untuk ayah terutamanya, walaupun sudah tidak lagi berkhidmat namun baktinya masih...
WRUR BUKIT KATIL: AB RAUF LUANG MASA SANTUNI WARGA EMAS
BUKIT KATIL 19 Disember - Bunyi deruman enjin konvoi motosikal diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, memecah...
WRUR BUKIT KATIL: BEKAS KOMANDO ATM DICADANG ISI KEKOSONGAN AKPS
BUKIT KATIL 19 Disember - Kementerian Pertahanan akan menyelaras proses temuduga melibatkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengisi kekosongan...
WRUR BUKIT KATIL: BANGUNAN TAMBAHAN PPKI DEMI KESELESAAN ANAK BERKEPERLUAN KHAS – KM
BUKIT KATIL 19 Disember - Pembinaan bangunan tambahan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil...
UNIMEL TAWAR TUJUH KURSUS PASCASISWAZAH ‘FAST TRACK’
KUALA LINGGI 19 Disember - Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mempelawa calon yang berminat untuk mengikuti kursus pascasiswazah secara 'fast track'...
WRUR BUKIT KATIL: KETUA MENTERI BERSARAPAN BERSAMA KOMUNITI BUKIT PULAU
BUKIT KATIL 19 Disember - Ketibaan konvoi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang singgah untuk bersarapan di...
