Sorting by

×

PELAJAR KKBBM SEDIAKAN SAJIAN UNTUK MAJLIS MAKAN MALAM TYT

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 9 September – Pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) mencipta sejarah apabila diberikan kepercayaan menyediakan hidangan ‘western’ untuk 1,500 tetamu sempena majlis makan malam meraikan Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Pengarah KKBBM, Muhammad Sani Che Idris berkata, persiapan menyiapkan hidangan itu melibatkan 39 pelajar Program Sijil Kulinaridengan bimbingan tiga pensyarah Mohd Farid Yusoff, Abdul Razak Wari dan Muhammad Jufri Ismail.

“Alhamdulillah kami semua khususnya pelajar memperoleh pengalaman berharga dan lebih istimewa ia melibatkan penyediaan menu rasmi, teknik penyajian profesional serta kawalan kualiti setanding standard industri hospitaliti antarabangsa.

“Kejayaan ini membuktikan kemampuan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mengaplikasikan ilmu yang dipelajari ke dunia kerja sebenar,” katanya.

Whatsapp image 2025 09 09 at 4.18.19 pm (1)
PELAJAR KKBBM dan pensyarah terlibat menjayakan penyediaan sajian makan malam meraikan Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Menurutnya, kejayaan itu diperoleh hasil kolaborasi bersama pihak pengurusan sebuah hotel terkemuka di negeri ini agar menu disediakan menepati standard profesional.

“Ini bukan sahaja membantu menjayakan majlis rasmi negeri dengan standard profesional, malah memperkukuh hubungan erat antara institusi TVET dan industri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

439
Kongsi :
Previous post PERJUANGAN WANITA DALAM PENDIDIKAN, PEMBANGUNAN KOMUNITI TERUS MENYALA
Next post PERDANA MENTERI RASMI AMMTC KE-19, MELAKA JADI TUMPUAN ASEAN