Sorting by

×

PERDANA MENTERI RASMI AMMTC KE-19, MELAKA JADI TUMPUAN ASEAN

Masa Membaca:57 Saat

BANDA HILIR 9 September – Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-19 membuka tirai hari ini selepas dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Perasmian itu sebagai tanda bermulanya perbincangan peringkat ASEAN mengenai kerjasama serantau dalam menangani jenayah rentas sempadan.

Perasmian AMMTC Ke-19 itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan ASEAN sebelum diteruskan dengan persembahan Wayang Kulit yang bertajuk Aman Nusantara oleh pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Majlis diteruskan dengan ucapan Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan ucapan perasmian oleh Perdana Menteri.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan barisan Exco Kerajaan Negeri turut mengiringi Perdana Menteri pada majlis terbabit.

Untuk rekod, Melaka sekali lagi menjadi perhatian antarabangsa apabila dipilih sebagai tuan rumah AMMTC Ke-19 yang berlangsung dari 8 hingga 12 September ini.

Penganjuran acara berprestij itu menghimpunkan lebih 300 delegasi antarabangsa melibatkan 10 negara anggota ASEAN.

Antara negara terlibat adalah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, selain Timor-Leste sebagai pemerhati.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

431
Kongsi :
Previous post PELAJAR KKBBM SEDIAKAN SAJIAN UNTUK MAJLIS MAKAN MALAM TYT
Next post BANTUAN PERSEKOLAHAN GALAK ANAK ORANG ASLI CEMERLANG AKADEMIK