
PM TABIK KEHEBATAN MELAKA LANCAR TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
KLEBANG 27 September – Keputusan kerajaan memilih Melaka sebagai lokasi pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 adalah tepat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, tidak banyak negeri mampu menganjurkan peluncuran Tahun Melawat Malaysia, namun negeri kecil ini membuktikan sebaliknya sehingga mampu mempersembahkan kehebatan kepada dunia.
“Jelaslah keputusan kerajaan memberi (peluang) Melaka tunjuk kehebatan (menjadi tuan rumah Tahun Melawat Malaysia 2026) benar-benar terbukti.
“Saya tabik dan ucap tahniah kepada Ketua Menteri dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri di atas kejayaan ini.
“(Kejayaan) ini adalah hasil kerjasama padu negeri bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), persatuan seni dan budaya serta rakyatnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Tahun Melawat Malaysia 2026 di Encore Melaka, di sini, malam tadi.
Majlis pelancaran itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.
Turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; menteri-menteri pelancongan serta delegasi dari 159 buah negara yang hadir serta lain-lain kenamaan.
Turut bersama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.
Menurut Perdana Menteri, sektor pelancongan bukan sahaja berkaitan tentang tempat menarik atau seni dan budaya sahaja, bahkan ia turut berkait dengan ekonomi.
Justeru, beliau berkata, pujian wajar diberikan kepada Melaka kerana berjaya ‘menyegarkan’ sektor pelancongan hinggakan sektor pelancongan unik di negeri ini bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi, bahkan turut memberi tempias kepada rakyat.
Views:
Related


Berita Lain
PERPADUAN JADI WARISAN BERHARGA BUAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru menjadikan perpaduan dan keharmonian sebagai warisan paling berharga untuk ditinggalkan kepada generasi...
DR. AKMAL HADIRI MUKTAMAR PEMUDA PAS 3 SEPTEMBER
SERI NEGERI 24 Ogos - Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS di...
TUN DR. MOHD ALI SERU RAKYAT MELAKA PERBAHARUI ILTIZAM KEMERDEKAAN
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru memperbaharui iltizam untuk terus memelihara kemerdekaan yang diwarisi daripada generasi terdahulu, terutama...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...
AYUH BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Seluruh penjawat awam, jabatan, agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri dan kepimpinan Melaka diseru mengetepikan pendekatan...
MELAKA KECIL DI PETA, BESAR DI MATA DUNIA
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka mungkin kecil dari segi keluasan, namun kekuatan sektor pelancongan dan warisannya terus mengangkat nama...
