
PM TABIK KEHEBATAN MELAKA LANCAR TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
KLEBANG 27 September – Keputusan kerajaan memilih Melaka sebagai lokasi pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 adalah tepat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, tidak banyak negeri mampu menganjurkan peluncuran Tahun Melawat Malaysia, namun negeri kecil ini membuktikan sebaliknya sehingga mampu mempersembahkan kehebatan kepada dunia.
“Jelaslah keputusan kerajaan memberi (peluang) Melaka tunjuk kehebatan (menjadi tuan rumah Tahun Melawat Malaysia 2026) benar-benar terbukti.
“Saya tabik dan ucap tahniah kepada Ketua Menteri dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri di atas kejayaan ini.
“(Kejayaan) ini adalah hasil kerjasama padu negeri bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), persatuan seni dan budaya serta rakyatnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Tahun Melawat Malaysia 2026 di Encore Melaka, di sini, malam tadi.
Majlis pelancaran itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.
Turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; menteri-menteri pelancongan serta delegasi dari 159 buah negara yang hadir serta lain-lain kenamaan.
Turut bersama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.
Menurut Perdana Menteri, sektor pelancongan bukan sahaja berkaitan tentang tempat menarik atau seni dan budaya sahaja, bahkan ia turut berkait dengan ekonomi.
Justeru, beliau berkata, pujian wajar diberikan kepada Melaka kerana berjaya ‘menyegarkan’ sektor pelancongan hinggakan sektor pelancongan unik di negeri ini bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi, bahkan turut memberi tempias kepada rakyat.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERSIAP ANAK ASNAF TEMPUH ALAM KERJAYA
BUKIT KATIL 13 Oktober - Anak asnaf yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi perlu memanfaatkan tempoh pembelajaran untuk membina...
IPU TIDAK SIHAT: SEKOLAH DI MELAKA DITUTUP LAGI ESOK
AYER KEROH 13 Oktober - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)...
MeSRa PENGANGKUTAN: MELAKA BUKA PELUANG DARI JALAN RAYA KE AWAN BIRU
AYER KEROH 13 Oktober - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) dalam sektor pengangkutan bukan hanya memberi tumpuan kepada kemudahan mobiliti,...
ZON BEBAS KENDERAAN: PELANCONG AKUI LEBIH SELAMAT, SEMAKIN SELESA BERSANTAI DI BANDA HILIR
BANDA HILIR 13 Oktober - Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan mengubah wajah Banda Hilir, seterusnya menawarkan pengalaman bersantai di Melaka dalam...
MELAKA PERKUKUH SOKONGAN KEPADA KELUARGA ANAK AUTISME
DUYONG 13 Oktober - Seminar Keibubapaan dan Pendidikan Inklusif 2026 menjadi platform untuk memperkukuh pemahaman ibu bapa mengenai autisme, khususnya...
GURAUAN JANGAN SAMPAI BERTUKAR JADI BULI
AYER KEROH 13 Oktober - Batas antara gurauan dan perlakuan buli dalam kalangan remaja perlu diberi perhatian bagi mengelakkan perbuatan...
