Sorting by

×

MADRASAH AZZAKIRIN LAHIR GENERASI CELIK AL-QURAN

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 22 November – Madrasah Azzakirin Ketapang, Pernu terus komited melahirkan generasi celik al-Quran yang mampu memberi sumbangan besar kepada agama, masyarakat dan negara.

Baru-baru ini, seramai 18 graduan berjaya menamatkan pengajian al-Quran pada Majlis Konvokesyen Madrasah Azzakirin Kali Ke-4 yang berlangsung penuh istiadat di sebuah hotel di Ayer Keroh.

Pengerusi Madrasah Azzakirin Isa Abu berkata, pusat pengajian itu sentiasa komited untuk melahirkan generasi Qurani yang berdisiplin, berakhlak mulia dan mampu menjadi contoh kepada masyarakat.

“Pengajian al-Quran bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi satu amanah besar yang perlu diteruskan dalam kehidupan seharian.

“Ilmu yang berkat bukan yang hanya dihafal, tetapi yang diamalkan. Moga para graduan menjadi pewaris yang memartabatkan al-Quran di mana sahaja berada,” ujarnya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Terdahulu, majlis konvokesyen itu turut dihadiri Pengetua Kolej al-Quran Saidina Ali Abdullah Shahir Arifin Ahmad Fadzil yang mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Pada majlis tersebut telah diadakan penyampaian sijil, anugerah khas serta tayangan montaj perjalanan akademik para pelajar sebelum diakhiri dengan sesi bergambar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

182
Kongsi :
Previous post SEMANGAT LUAR BIASA RUBAN DIDIK ANAK-ANAK JIRAN CELIK ILMU
Next post SASAR TARIK 19 JUTA PELANCONG, 225 ACARA MERIAHKAN TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0