
1,068 GRADUAN DIRAI PADA ISTIADAT KONVOKESYEN UNIMEL KE-27
AYER KEROH 30 November – Seramai 1,068 graduan diraikan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Melaka (UNIMEL) Ke-27, hari ini.
Istiadat itu telah disempurnakan Yang di-Pertua Negeri merangkap Canselor UNIMEL Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.
Daripada jumlah tersebut, seramai 48 merupakan graduan pasca siswazah yang merangkumi sembilan pelajar tempatan dan 30 pelajar antarabangsa dalam Ijazah Doktor Falsafah (PhD), manakala sembilan lagi merupakan graduan Ijazah Sarjana.
Sementara itu, prasiswazah pula membabitkan seramai 1,020 graduan iaitu 159 pelajar Ijazah Sarjana Muda dan 861 pelajar Diploma.
Istiadat kali ini turut mencatat sejarah apabila UNIMEL meraikan jumlah graduan PhD tertinggi, dengan peningkatan hampir sembilan kali ganda berbanding tahun 2024.
Lebih istimewa, UNIMEL turut meraikan graduan sulung PhD antarabangsa dari China iaitu seramai 30 graduan dalam bidang pengurusan dan pendidikan.
Terdahulu, istiadat tersebut turut memasyhurkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sebagai Pro-Canselor UNIMEL.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
UNDI AWAL KAYU PENGUKUR MOMENTUM SOKONGAN PRN MELAKA – AB RAUF
MACHAP JAYA 9 November - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan sebagai kayu pengukur kepada momentum...
PRN MELAKA: MCA TIDAK AKAN TINGGALKAN MASYARAKAT CINA
BANDA HILIR 9 November - MCA tidak akan mengundur diri daripada memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Melaka meskipun terpaksa bertanding...
