Sorting by

×

BAJET NEGERI MELAKA 2026: FOKUS PEMERKASAAN USAHAWAN BELIA, KOPERASI

Masa Membaca:50 Saat

AYER KEROH 24 November – Bajet Melaka 2026 diharap memberi fokus kepada pemerkasaan usahawan, penjaja dan koperasi bagi menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin berkata, antara inisiatif utama termasuk mewujudkan zon penjaja berpusat dengan fasiliti lengkap serta program pembangunan usahawan.

“Selain itu kita juga berharap supaya ada penambahan kategori Anugerah Usahawan Negeri Melaka bagi mengiktiraf lebih ramai usahawan berpotensi di negeri ini.

“Program pemasaran melalui jelajah usahawan, bantuan peralatan mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) dan penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa serta Karnival Usahawan Negeri Melaka bagi membantu usahawan memasarkan produk secara lebih meluas,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Bagi pembangunan koperasi, beliau berharap Kerajaan Negeri menumpukan kepada pembangunan pelbagai kluster termasuk sekolah, kilang dan perniagaan mikro, kecil serta sederhana.

“Kita mahu kluster-kluster ini dibangunkan secara lebih tersusun dan bersepadu supaya koperasi di Melaka bukan sahaja berdaya saing, malah mampu menjadi pemangkin ekonomi di peringkat komuniti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

319
Kongsi :
Previous post MPHTJ SELESAI LEBIH 2,500 ADUAN DALAM TEMPOH 15 HARI