Sorting by

×

PESARA ‘TURUN ILMU’ KEPADA GENERASI BAHARU JAPEN

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BUKIT KATIL 24 November – Pengalaman luas para pesara Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menjadi suntikan semangat kepada warga baharu JAPEN untuk terus memperkukuh peranan menyampaikan maklumat sahih kepada masyarakat.

Majlis Perjumpaan Rakan Strategik JAPEN yang berlangsung di sebuah restoran, di sini, baru-baru ini, menghimpunkan lebih 100 peserta terdiri daripada pesara yang pernah berkhidmat di JAPEN Melaka dan kakitangan baharu.

Menurut Pengarah JAPEN Melaka, Mazli Hamdan, program itu bertujuan memberikan pendedahan awal kepada warga baharu mengenai cabaran sebenar dunia penyampaian maklumat.

Pada masa sama, ujar beliau, ia juga membuka ruang perkongsian ilmu daripada mereka yang pernah melalui pengalaman di lapangan.

“Tugasan dahulu mungkin tak sama dengan hari ini, tetapi semangat kerja, disiplin dan kejujuran dalam menyampaikan maklumat tetap menjadi asas utama,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Sementara itu, pegawai baharu JAPEN Muhammad Faisal Sarwan, 30, menyifatkan program tersebut sebagai pembakar semangat kerana dapat memahami secara dekat realiti tugas sebagai penyampai maklumat di peringkat akar umbi.

“Pada masa sama, program ini juga dapat memperkukuhkan hubungan di antara pesara dan generasi baharu, sekali gus memastikan pengalaman bertahun-tahun yang dimiliki tidak hilang begitu sahaja.

“Ilmu ini juga menjadi panduan penting dalam membentuk pegawai yang lebih kompeten serta berwibawa,”ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

385
Kongsi :
Previous post BAJET NEGERI MELAKA 2026: ANJUR LEBIH BANYAK ACARA SUKAN PERMOTORAN
Next post PEMANDU ALAMI SAWAN PUNCA KEMALANGAN DI MELAKA