Sorting by

×

1,000 BERLARI PROMOSI KELESTARIAN ALAM

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

DURIAN TUNGGAL 2 Disember – Program Larian Lestari, anjuran bersama SWM Environment dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang berlangsung di Stadium UTeM, di sini, berlangsung meriah apabila menerima hampir 1,000 penyertaan daripada warga institusi pengajian tinggi (IPT) dan kakitangan UTeM.

Pelepasan acara larian sejauh kira-kira lima kilometer di sekitar kampus tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, program itu bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dalam kalangan peserta.

Katanya, ia merupakan hasil kerjasama di antara SWM Environment dan UTeM menerusi Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi) pada Karnival Hari Keluarga UTeM bersempena dengan sambutan Jubli Perak UTeM ke-25.

“Penganjuran program Larian Lestari KITARecycle ini merupakan kesinambungan daripada kerjasama yang terjalin hasil pemeteraian Surat Niat (LoI) antara kedua-dua belah pihak pada Februari 2023.

“Program ini merupakan juga simbolik kepada hubungan erat di antara syarikat konsesi pembersihan dengan institusi pengajian tinggi menerusi penganjuran program rekreasi yang berteraskan kelestarian alam sekitar.

“Walaupun kedua-dua pihak datang daripada sektor yang berbeza namun kita berkongsi misi yang sama iaitu mempromosikan kelestarian alam sekitar,” katanya.

Whatsapp image 2025 12 01 at 20.11.06 (1)
ANTARA pemenang Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula Antara Fakulti.

Tambah beliau, selain larian, turut diadakan Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula Antara Fakulti di bawah program kitar semula berganjaran KITARecycle.

Jelasnya, ia sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan amalan kitar semula dan mempromosi kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga universiti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

374
Kongsi :
Previous post 91.7 PERATUS INISIATIF BAJET 2025 MELAKA SELESAI DILAKSANAKAN