Sorting by

×

91.7 PERATUS INISIATIF BAJET 2025 MELAKA SELESAI DILAKSANAKAN

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 2 Disember – Sebanyak 91.7 peratus inisiatif Bajet 2025 Negeri Melaka telah selesai dilaksanakan setakat 30 November 2025.

Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Wira Salhah Salleh berkata, secara keseluruhan, sebanyak 168 inisiatif telah disediakan pada pembentangan bajet tahun lalu dan daripada jumlah itu 14 inisiatif lagi sedang dalam tempoh pelaksanaan sehingga hujung tahun ini.

“Seperti kita tahu, tahun 2025 menyaksikan banyak momen-momen manis Negeri Melaka, antaranya dalam sudut pelancongan, di mana, kita telah menjadi tuan rumah World Tourism Day (WTD) dan peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 yang berlangsung penuh gilang-gemilang.

“Sehingga 31 Disember ini, akan ada pelbagai lagi program pelancongan akan dilaksanakan di negeri ini.

“Selain itu, pelbagai inisiatif lain seperti dalam sudut kebajikan dan kesejahteraan rakyat telah selesai dilaksanakan,” katanya ketika bersiaran di MelakaFM pada program ‘Kokenut Shake Dulu’ dengan topik bertajuk Menjelang Bajet Negeri Melaka 2026, hari ini.

Menurut Salhah, setiap inisiatif yang diumumkan pada pembentangan bajet akan dipantau secara berkala oleh Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka bagi memastikan manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat.

“Kita sentiasa mengadakan mesyuarat bersama agensi atau jabatan yang diberi kepercayaan untuk melaksanakan inisiatif tersebut untuk mengetahui status atau progresnya.

“Pada masa sama, bagi setiap portfolio Exco, akan ada pegawai pemantau atau RO yang bertanggungjawab memastikan setiap inisiatif tersebut dilaksanakan,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

423
Kongsi :
Previous post BAJET NEGERI MELAKA 2026: ADA BERITA GEMBIRA UNTUK PENJAWAT AWAM
Next post 1,000 BERLARI PROMOSI KELESTARIAN ALAM