Sorting by

×

MELAKA RANCANG EDISI KHAS RXZ MEGA 2026

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 14 Disember – Kerajaan Negeri merancang penganjuran Edisi Khas RXZ Mega Gathering Melaka 2026 sebagai usaha merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, penganjuran acara permotoran berskala besar itu akan disertakan dengan laluan konvoi yang lebih luas.

Katanya, laluan bagi edisi khas itu akan merangkumi seluruh kawasan pelancongan ikonik di negeri ini.

“Kerajaan Negeri sedang merancang penganjuran Edisi Khas RXZ Mega Gathering Melaka 2026 yang menggabungkan elemen permotoran, pameran kreatif, keusahawanan serta budaya komuniti.

“Laluan konvoi RXZ tahun hadapan akan diperluas merentasi kawasan pelancongan ikonik termasuk Banda Hilir, Klebang, Sungai Rambai, Jasin, Alor Gajah dan Umbai, sekali gua membawa denyut RXZ terus ke
nadi pelancongan Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 di Dataran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, penganjuran acara berimpak tinggi seperti RXZ Members Ride Edition Melaka itu diyakini dapat menyumbang kepasa sasaran 19 juta pelancong ke Melaka pada tahun hadapan.

“Saya percaya acara seumpama ini yang disokong penglibatan komuniti serta rakan industri, mampu menyumbang secara signifikan ke arah pencapaian sasaran 19 juta pelancong bagi tahun 2026,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1300
Kongsi :
Previous post LEBIH 70,000 ‘GEGAU’ RXZ MEMBERS RIDE EDITION MELAKA 3.0
Next post RXZ MEMBERS BAWA LIMPAHAN EKONOMI KETARA UNTUK PELANCONGAN MELAKA