Sorting by

×

TOK AJAK AGIH 3,000 KAMPIT BERAS UNTUK WARGA TELOK MAS

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

TELOK MAS 5 Februari – Lebih 3,000 kampit beras 5 kilogram (kg) akan diagihkan kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas pada 27 Februari depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abduk Razak Abdul Rahman berkata, agihan beras tersebut disifatkan sebagai hadiah Ramadan buat jemaah yang hadir solat Jumaat dalam DUN Telok Mas.

Katanya, agihan hadiah beras itu akan dilakukan selepas solat Jumaat, di mana agihannya berlangsung serentak di tujuh masjid dalam DUN terbabit.

“Agihan beras ini adalah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Japerun Telok Mas, di mana setiap orang hanya dibenarkan untuk mengambil sekampit beras sahaja.

“Hadiah ini diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan penerima yang mana pada tarikh tersebut adalah waktu bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Majlis Pengagihan Bantuan Persediaan Ramadan dan Syawal (Zakat Fitrah) Serta Pengagihan Fidyah Kepada Asnaf Fakir dan Miskin MAIM DUN Telok Mas Bagi Tahun 2026/1447H di Dewan Komuniti KEMAS, di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohamad; Pegawai Agihan Zakat Daerah Melaka Tengah Nadirah Ismail serta kenamaan lain.

Justeru, Abdul Razak menjemput umat Islam untuk hadir mengimarahkan solat Jumaat di semua masjid dalam DUN Telok Mas serta tidak melepaskan peluang menerima sekampit beras percuma.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

430
Kongsi :
Previous post HEBAT TONJOL KOMITMEN TINGGI PBT MELAKA SELESAI ISU RAKYAT
Next post MENARA TAMING SARI LEBIH SELAMAT, SELESA