Sorting by

×

KETUA MENTERI SINGGAH SAHUR DI HENRY GURNEY, TITIP NASIHAT BUAT PENGHUNI

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

TELOK MAS 13 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terus membuktikan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diilhamkannya tidak meminggirkan mana-mana golongan mahupun rakyat di negeri ini.

Ia dapat dilihat apabila pemimpin nombor satu negeri itu memilih Sekolah Henry Gurney sebagai antara lokasi persinggahannya dalam program santunan rakyat.

Menerusi Program Singgah Sahur Bersama Ketua Menteri Melaka itu, Ab Rauf meluangkan masa menyantuni penghuni Henry Gurney serta menikmati juadah sahur bersama.

Pada masa sama, beliau turut menitipkan nasihat dan kata-kata motivasi kepada penghuni agar berubah dan berusaha membina semula masa depan lebih baik.

Selepas itu, Ab Rauf bersama kenamaan dan penghuni menunaikan solat subuh berjemaah di surau Henry Gurney, selain turut mengadakan lawatan melihat fasiliti di sekolah tesebut.

650717531 1430712895736556 981748660699469309 n
KETUA Menteri dibawa meninjau fasiliti di Sekolah Henry Gurney Telok Mas. Foto Abdul Razak Abdul Rahman

Terdahulu, program itu turut disertai Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Turut bersama, Komisioner Jeneral Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak; Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara Yang Menjalankan Tugas Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional) KP Rosoman Abu Bakar @ Che Din; Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas PKP Triyo Kurniawan Kusmadi serta lain-lain kenamaan.

Kehadiran Ketua Menteri secara tidak langsung mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menyokong usaha pemulihan serta pembangunan sahsiah penghuni Henry Gurney agar mampu kembali kepada masyarakat sebagai insan yang lebih berdisiplin dan berakhlak mulia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4118
Kongsi :
Previous post KUTIPAN SAMPAH DI MELAKA DIAWALKAN PADA MALAM RAYA
Next post MELAKA SEDIA RM400,000 UNTUK SUMBANGAN AIDILFITRI 2026