Sorting by

×

LEBIH 1,400 PENDUDUK DUN AYER LIMAU TERIMA SUMBANGAN CAHAYA SYAWAL

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER LIMAU 14 Mac – Lebih 1,400 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pelbagai bentuk sumbangan sepanjang Ramadan menerusi Program Cahaya Syawal dengan nilai keseluruhan melebihi RM100,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, bantuan tersebut melibatkan golongan memerlukan termasuk keluarga kurang berkemampuan serta anak-anak orang kurang upaya (OKU).

Katanya, sumbangan itu telah diagihkan kepada penerima daripada 17 kampung dalam DUN tersebut.

“Kesemua sumbangan ini kita berikan secara berperingkat dengan jumlah keseluruhan penerima lebih 1,400 orang.

“Kita harapkan menerusi sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban penerima menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Program Cahaya Syawal di Balai Raya Kampung Pinang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hameed memaklumkan pada program terbabit hampir 400 orang menerima sumbangan dengan nilai keseluruhan kira-kira RM60,000 yang disampaikan.

“Program ini adalah kesinambungan daripada keseluruhan sumbangan yang dilaksanakan secara berperingkat yang mana sumbangan ini turut diberikan kepada imam, bilal dan yang berkaitan.

“Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan bagi membantu meringankan beban rakyat menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

660
Kongsi :
Previous post ‘RUMAH KEK’ KAMPUNG LANJUT MANIS
Next post INISIATIF PERKASA BELIA MELAKA TERUS DIPERTINGKAT – KM