Sorting by

×

GULAI KAWAH MENU ISTIMEWA RUMAH TERBUKA ‘ACIK ZUL’

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

TABOH NANING 29 Mac – Hidangan kari lembu menjadi menu istimewa yang menarik lebih 7,000 pengunjung hadir memeriahkan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, malam tadi.

Majlis berlangsung di Kompleks Japerun Taboh Naning bermula jam 8.30 malam itu menghimpunkan pengunjung pelbagai latar belakang seperti Melayu, Cina, India dan masyarakat Orang Asli.

Tapak penganjuran jamuan yang tidak jauh dari Plaza Tol Simpang Ampat juga menarik tetamu dari luar Melaka yang datang dari Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

IMG 20260329 WA0004
ZULKIFLEE bergambar bersama tetamu cilik hadir ke penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning.

Selain kari lembu dimasak secara rewang, pengunjung juga disajikan dengan 17 lagi menu lain seperti rendang ayam, mi goreng, putu piring, roti canai dan hidangan tradisional.

Kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abdul Rahman melengkapkan penganjuran jamuan berkenaan.

Tidak ketinggalan hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Speaker DUN Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad.

Yang turut hadir Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin, barisan Exco, Timbalan Exco, Ketua jabatan serta agensi Kerajaan Negeri Melaka.

IMG 20260329 WA0006
GELAGAT Zulkiflee ketika menyampaikan duit raya kepada tetamu cilik.

Sebagai tuan rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin juga mesra dengan panggilan Acik Zul bersama isteri Datin Noorul Najlah Ab Rahim turut menyantuni pengunjung yang hadir dan menyampaikan duit raya kepada tetamu cilik.

IMG 20260329 WA0003
PENAMPILAN Mamat Exist menarik perhatian tetamu yang hadir.

Penampilan penyanyi popular era-90 an iaitu Mamat Exist menyampaikan lagu seperti Untukmu Ibu, Langkah Seiringan dan Ku Pohon Restu Ayah Bonda menaikkan lagi mood raya dalam kalangan pengunjung.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan Azlan & The Typewriter yang menyampaikan lagu popular beliau Jangan Khianati.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1359
Kongsi :
Previous post MAYAT LELAKI RENTUNG DITEMUKAN DI LADANG