
RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DIRAMAL DI SEMBILAN NEGERI HINGGA 5 PETANG INI
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan negeri setakat 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Kedah (Baling) dan Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Bentong), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Muar dan Tangkak).
Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song dan Belaga).
Kawasan yang terkesan di Sabah ialah Pedalaman (Beaufort dan Nabawan) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-HASANAH PONDOK KEMPAS
BEMBAN 15 Mei – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Al-Hasanah...
TAUGE MACHAP BARU TEMBUSI PASARAN SINGAPURA
MACHAP JAYA 15 Mei - Tauge dengan kerangupan dan rasa manis apabila dikunyah sememangnya menjadi pilihan penggemar sayuran tersebut. Di...
LEBIH 20,000 RUMAH MAMPU MILIK SIAP DIBINA DI MELAKA
AYER KEROH 15 Mei - Sebanyak 20,192 unit Rumah Mampu Milik (RMM) sudah siap dibina oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM)...
DEWAN ‘RAJA SEHARI’ PALING BERBALOI DI AYER KEROH
AYER KEROH 15 Mei – Bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan di lokasi eksklusif dengan pelbagai fasiliti lengkap wajar mempertimbangkan...
KARNIVAL HEBADS 2026 CETUS GENERASI BERANI KATAKAN TIDAK KEPADA BULI, DADAH
MASJID TANAH 15 Mei - Karnival Hentikan Buli, Anti Dadah, Rokok/Vape dan Jenayah Seksual (HeBADS) Peringkat Negeri Melaka 2026 menjadi...
MAIM REKOD 41 INDIVIDU PELUK ISLAM DI MELAKA TAHUN INI
BUKIT KATIL 15 Mei - Seramai 41 saudara baharu telah direkod memeluk Islam dan berdaftar di bawah Majlis Agama Islam...
