Sorting by

×

BERBALOI TEMAN IBU KE PENUTUP WRUR, DAPAT HADIAH EX5

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

MACHAP JAYA 26 April – Kanak-kanak 12 tahun bagai mendapat durian runtuh apabila memenangi cabutan hadiah sebuah  motosikal Honda EX5 Majlis Perasmian Penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Alor Gajah: Kampung Kita Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Machap Baru, Kampung Kemuning, di sini, semalam.

Berkongsi kegembiraan, Mohamad Ekram Santoso Adi Kusomo berkata, dia ke program itu untuk menemani ibunya dan bersama-sama merasai kemeriahan Penutup WRUR DUN Machap Jaya.

Dia pada mulanya bercadang untuk pulang awal, namun gerak hati menahannya dan setia menunggu hingga ke hujung majlis.

“Sejak awal program bermula lagi, hati berdebar-debar mungkin itu sebenarnya tanda ada rezeki buat saya kali ini dan alhamdulillah telahan itu benar apabila nama serta nombor MyKad saya diumumkan pengacara Majlis sebagai pemenang cabutan motosikal.

“Terima kasih kepada semua pihak yang menganjurkan program seumpama ini, bukan sahaja mendengar masalah tetapi meraikan rakyat menerusi cara yang amat menarik,” katanya ketika ditemui di tapak program.

Anak kedua daripada tiga beradik ini berkata, motosikal berkenaan dihadiahkan kepada ibunya Suhaila Jaafar, 40, menjalankan perniagaan menjual pisang goreng berhampiran kediamannya.

“Motosikal lama sudah berusia tidak boleh ditunggangnya jauh, jadi apabila ada motosikal baharu lebih memudahkan ibu dan bapa saya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

385
Kongsi :
Previous post DUKA BERGANTI SINAR, PASANGAN WARGA EMAS SEBAK TERIMA RUMAH BAHARU
Next post NAIK TARAF TAMAN REKREASI POH AH TIAM DITERUSKAN