
NAIK TARAF TAMAN REKREASI POH AH TIAM DITERUSKAN
MACHAP JAYA 26 April – Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam menjadi lambang kesungguhan kerajaan dalam usaha berterusan menyediakan infrastruktur hijau, suasana hidup berkualiti dan sihat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem, berharap naik taraf taman berkenaan dilakukan secara berterusan terutama menambah jumlah pokok bagi menghijaukan lagi kawasan berkenaan.
“Impian saya adalah untuk melihat landskap taman ini menjadi seperti Taman Botanikal Ayer Keroh penuh dengan tenaga dan ketengan untuk menggamit orang ramai singgah ke sini.
“Setakat ini antara naik taraf sudah dilakukan adalah menyediakan trek pejalan kaki yang lebih baik, kemudahan permainan kanak-kanak, kerusi Taman dan pondok untuk pengunjung berehat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Gotong-Royong Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya di Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam Machap, di sini, semalam.
Program dijayakan hampir 300 peserta melibatkan Wakil Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), penuntut universiti dan juga komuniti setempat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AUNM 2026 PENTAS TERTINGGI IKTIRAF USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 13 Jun – Lebih 100 usahawan dari seluruh Melaka telah mengemukakan permohonan bagi merebut peluang untuk dinobatkan sebagai penerima...
MELAKA ANJUR LEBIH 400 PROGRAM PERPADUAN, PUPUK KEHARMONIAN KAUM
PENGKALAN BATU 13 Jun - Sejak 2023 hingga 2026, lebih 400 program dan aktiviti berteraskan perpaduan telah dianjurkan di Negeri...
WRUR JADI PLATFORM PEMUDAH CARA HIDUP RAKYAT
KESIDANG 13 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang bukan sekadar platform mendengar aduan...
MELAKA PERUNTUK RM72.4 JUTA PERKASA WANITA, KELUARGA DAN KOMUNITI
PENGKALAN BATU 13 Jun - Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan sosial apabila memperuntukkan sebanyak RM72.4 juta bagi...
KAD RAHMAH MEDIPULIH BANTU RINGANKAN KOS RAWATAN
KESIDANG 13 Jun - Inisiatif Kad Rahmah Bloom Mekar oleh Klinik MediPulih diperkenalkan bagi membantu golongan B40 dan warga emas...
RM1 JUTA NAIK TARAF RUMAH PANGSA DUN KESIDANG
KESIDANG 13 Jun – Kualiti hidup ribuan penduduk rumah pangsa di DUN Kesidang terus menjadi keutamaan apabila kawasan itu menerima...
