Sorting by

×

MBMB SEDIA TONG SAMPAH PINTAR BERKUASA SOLAR DI 7 LOKASI TUMPUAN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDA HILIR 27 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyediakan sebanyak tujuh unit tong sampah pintar berkuasa solar atau ‘Solar-Powered Smart Bin’ di sekitar Bandaraya Melaka.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, tong sampah itu merupakan hasil inovasi anggotanya yang diperkenalkan sebagai penyelesaian pintar bagi memastikan kebersihan kawasan bandar dan lokasi tumpuan pelancong sentiasa terjaga.

Jelas beliau, inovasi itu juga merupakan langkah proaktif dalam menangani isu sampah bersepah dan berselerak yang sering menjadi aduan orang ramai.

“Tujuan utama ‘Smart Bin’ ini adalah untuk memastikan kawasan sekitar, khususnya di bandaraya yang juga kawasan pelancongan berada dalam keadaan betul-betul bersih.

“Sebelum ini, penggunaan tong sampah secara konvensional sering menerima aduan berkaitan sampah berselerak dan sebagainya.

“Jadi dengan adanya ‘Smart Bin’, isu ini dapat diselesaikan dan seterusnya memastikan Bandara Melaka kekal bersih dan ceria,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyempurnaan Penggunaan Solar-Powered Smart Bin Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di Perkarangan Stadthuys, Banda Hilir, di sini, pada Sabtu.

Majlis itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Wira Dr. M Noor Azman Taib.

Menurut Shadan, pada majlis itu pihaknya telah memperkenalkan kaedah penggunaan tong pintar berkenaan kepada KPKT selain menunjukkan lokasi penempatannya di sekitar kawasan pelancongan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

371
Kongsi :
Previous post NAIK TARAF TAMAN REKREASI POH AH TIAM DITERUSKAN
Next post WRUR AYER KEROH: RAKYAT TERUJA, YAKIN DAPAT PELBAGAI MANFAAT