
1,183 JEMAAH MELAKA TUNAI HAJI TAHUN INI
SERI NEGERI 27 April – Seramai 1,183 jemaah di Melaka terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada semua yang dijemput menjadi tetamu ke tanah suci sempena musim haji 1447H / 2026M.
“Saya mendoakan semoga perjalanan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, serta memperoleh haji yang mabrur.
“Saya dengan rendah diri mohon kepada bakal-bakal haji terus mendoakan agar negeri Melaka sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya, terus maju, makmur dan sejahtera, serta menjadi negeri yang diberkati untuk generasi hari ini dan akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PELAWA UMAT ISLAM PERKASA INISIATIF WAKAF
AYER KEROH 29 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempelawa penyertaan orang ramai khususnya umat Islam untuk menyumbang kepada...
LPM BINA BAHARU, BAIK PULIH KEDIAMAN UZUR DI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 29 Julai - Sebanyak lima buah rumah dibina baharu, manakala 13 lagi dibaik pulih menerusi Program Melaka Rumahku...
MENARA TAMING SARI TERUSKAN MISI CUCI KENDERAAN AMAL
BANDA HILIR 29 Julai - Orang ramai bukan sahaja menikmati perkhidmatan mencuci kenderaan berkualiti pada harga berpatutan, malah berpeluang menyumbang...
MELAKA BUKA TIRAI JELAJAH AKAR 2026, PTPTN SEMAI BUDAYA MENABUNG
AYER KEROH 29 Julai - Melaka dipilih sebagai lokasi pembukaan Program Jelajah Anugerah Kreatif Aspirasi Reka (AKAR) 2026, inisiatif Yayasan...
REZEKI BAKAL CAHAYA MATA PERTAMA, KAKITANGAN SAMB MENANG PROTON SAGA
AYER KEROH 29 Julai - Pemenang hadiah cabutan bertuah utama Majlis Hari Keluarga Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) 2026 menganggap...
KAMPUNG KEMBOJA MELAKA POPULARKAN ‘TONGMO’
PAYA RUMPUT 29 Julai - Siapa sangka di sebalik populariti 'tongmo', makanan tradisi masyarakat Kemboja di negara ini, ia sebenarnya...
