Sorting by

×

2,473 KANAK-KANAK ENAM TAHUN DAFTAR TAHUN SATU DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 29 April – Seramai 2,473 murid berusia enam tahun  mendaftar secara sukarela untuk memasuki tahun satu bagi sesi persekolahan 2027.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, jumlah itu adalah berdasarkan kepada rekod bermula 15 Februari sehingga 31 Mac 2026.

“Pada masa yang sama, seramai 13,063 murid sedia ada berusia tujuh tahun yang berdaftar bagi tahun satu sesi 2027, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 15,541 murid Tahun 1 di negeri ini pada tahun hadapan.

“Beberapa pendekatan turut disusun bagi menampung pertambahan murid termasuk penggunaan semula bilik darjah, pembinaan kelas tambahan, penempatan semula murid ke sekolah berhampiran serta pelaksanaan persekolahan dua sesi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Rahmad berkata langkah ke hadapan tersebut dilaksanakan agar sistem pendidikan lebih kompetitif dan selari dengan negara lain dan pelaksanaan itu adalah berdasarkan ibu bapa yang sukarela.

Dalam pada itu, Rahmad turut memaklumkan KPM membuka tawaran dan bakal mengambil 20,000 guru baharu yang akan berkhidmat pada tahun 2027 bagi mengatasi isu kekangan guru berikutan penambahan murid tahun satu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

381
Kongsi :
Previous post MELAKA OPTIMIS TAWAR LEBIH BANYAK PRODUK PELANCONGAN DI LOKASI BAHARU
Next post MELAKA KENAL PASTI 29 TAPAK BAGI PEMBANGUNAN ASPIRASI MELAKA GEOPARK