Sorting by

×

TEMPOH PERCUBAAN ‘GO STRAIGHT’ DI PERSIMPANGAN HICOM PEGOH, JALAN TUN ABDUL RAZAK

Masa Membaca:47 Saat

AYER KEROH 4 Jun – Tempoh percubaan bagi inisiatif ‘Go Straight’ dilaksanakan diPersimpangan Hicom-Pegoh dan Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh berhampiran Kompleks Mahkamah Melaka.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, inisiatif itu adalah antara usaha berterusan yang dijalankan untuk mengurangkan kesesakan dan melancarkan aliran trafik di kedua-dua laluan berkenaan.

“Inisiatif ini masih dalam tempoh percubaan, belum dilaksanakan sepenuhnya. Menerusi inisiatif ini pemandu tidak perlu lagi berhenti di persimpangan sebaliknya boleh meneruskan perjalanan.

“Setakat ini pelaksanaan Go Straight di Persimpangan Hicom-Pegoh menerima maklum balas yang amat baik, kesesakan dapat dikurangkan, selain itu bagi memudahkan pergerakan kenderaan berat kita lebarkan sedikit jajaran keluar,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Hameed, satu lagi laluan yang dicadangkan untuk pelaksanaan inisiatif Go Straight adalah di Jalan Tun Fatimah, Bachang namun begitu kajian lanjut akan dilaksanakan terlebih dahulu bagi melihat kesesuaiannya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

489
Kongsi :
Previous post UJIAN MOHD HAFIZ DAPAT PERHATIAN KERAJAAN NEGERI
Next post MEDIPULIH LANCAR KAD RAHMAH, PERLUAS AKSES KESIHATAN MAMPU MILIK