Sorting by

×

TANJUNG BIDARA DUN PERTAMA DIPILIH LOKASI PENGANJURAN INTRADE DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

TANJUNG BIDARA 28 Jun – Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menjadi DUN Pertama di Melaka yang dipilih dipilih sebagai lokasi pelaksanaan Inisiatif Transformasi Desa (INTRADE).

Inisiatif itu melibatkan 160 orang bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik Kohort Wiraja Nusa yang sedang mengikuti Program Diploma Pasca siswazah Pengurusan Awam (DPA) di Institut Tadbiran Awam  Negara (INTAN).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, INTRADE merupakan satu pelaburan penting untuk masa depan perkhidmatan awam negara.

“Bukan selalu sesebuah Kampung mendapat penghormatan sebesar ini, menjadi medan latihan kehidupan buat bakal pemimpin pentadbiran negara. Lebih membanggakan, ini adalah julung kali dalam sejarah, Negeri Melaka dipilih sebagai lokasi pelaksanaan INTRADE.

“Program ini bukan sekadar memenuhi keperluan latihan, tetapi menjadi medan untuk membentuk bakal penjawat awam yang berintegriti, berfikiran strategik dan yang lebih penting memahami denyut nadi rakyat sebelum membuat sesuatu keputusan.

“Di hadapan saya ada 160 orang bakal Pegawai Tadbir Diplomatik yang akan memikul amanah membantu menggubal dasar, mengurus sumber dan peruntukan awam serta menentukan hala tuju pembangunan negara,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian INTRADE dan Karnival Jeram 2026 di Balai Raya Kampung Seri Jeram, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Karnival Jeram 2026 melibatkan aktiviti sukan, kaunter perkhidmatan kerajaan, pemeriksaan kesihatan, program kebajikan dan Jualan Rahmah.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Mohd Shaiful Ibrahim yang mewakili Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Pengarah INTAN Datuk Dr. Mohd. Zabri Yusoff; Timbalan Pengarah INTAN Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood serta Pengarah Pembangunan Negeri Melaka Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Mohd Shahrul Shari.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, seorang penjawat
awam bukan sahaja perlu memiliki kebijaksanaan berfikir, malah mesti mempunyai keberanian membuat
keputusan, berintegriti dalam melaksanakan amanah, serta keikhlasan untuk sentiasa mendahulukan
kepentingan rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

464
Kongsi :
Previous post LAUTAN CAHAYA, RIBUAN ANAK MUDA ‘MELAYAR JIWA’ DI AYER KEROH
Next post MPJ PRIHATIN: ‘KINI SAYA BOLEH TIDUR LENA’