JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT TARIK PERHATIAN ORANG MUDA

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PENGKALAN BATU 15 Ogos – Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat diakui menjadi medium yang amat berkesan dalam mendengar permasalahan, keperluan dan denyut nadi rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahmad Mustaffa Kamal Lim, 37, berkata, siri jelajah konvoi motosikal juga amat menarik perhatian orang muda untuk bersama-sama pemimpin Negeri Melaka turun padang menyantuni golongan memerlukan.

“Kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sekarang ini tidak tunggu rakyat datang mengadu masalah, tetapi memilih untuk turun padang. Kaedah ini amat mesra dan memudahkan rakyat kerana mungkin ada yang berdepan kekangan untuk hadir berurusan di kaunter kerajaan.

“Orang muda seperti saya juga dapat melihat sendiri kesungguhan Kerajaan Negeri menjaga kebajikan rakyat yang diterjemahkan menerusi siri jelajah ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada Siri Jelajah Ketua Menteri DUN Pengkalan Batu, baru-baru ini.

Sementara itu Muhamad Al Amin Rosli, 34, pula berkata, pendekatan turun padang juga menunjukkan Kerajaan Negeri tidak membiarkan aduan diterima tanpa sebarang penyelesaian.

“Ada aduan boleh diselesaikan dalam tempoh masa singkat, namun ada pula perlu mengambil masa kerana kekangan tertentu. Menerusi jelajah seperti ini rakyat tidak tertanya-tanya mengenai status aduan mereka, pemimpin negeri bersama wakil jabatan atau agensi berkenaan turun padang untuk makluman perkembangan terkini kepada mereka.

“Siri Jelajah seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang, pendekatan dilaksanakan Kerajaan Melaka bukan sahaja unik tetapi berkesan dalam menangani permasalahan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

490
Kongsi :
Previous post MOOD MERDEKA BERMULA DARI PINTU GERBANG, MPHTJ HIAS LALUAN MASUK KE MELAKA
Next post POLIS KENAL PASTI IDENTITI TIGA SEKELUARGA TERKORBAN AKIBAT KEBAKARAN RUMAH