WRUR TANJUNG BIDARA: BENIH SAYUR PERCUMA CETUS SEMANGAT USAHAKAN KEBUN KECIL

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

TANJUNG BIDARA 17 September – Agihan anak pokok dan benih sayur-sayuran oleh Jabatan Pertanian Negeri Melaka mencetuskan semangat untuk bertani, khusus dalam kalangan suri rumah.

Agihan anak pokok kelapa dan benih sayur-sayuran antara tarikan pengunjung yang hadir ke Melaka Madani Agro Market bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara di Japerun Tanjung Bidara, di sini, semalam.

Khairulradhiah Isa, 41, berkata, meskipun sudah selesai membeli barangan keperluan dapur dia sanggup menunggu semata-mata mahu mendapatkan benih sayur-sayuran.

‘Alhamdulillah saya dapat bawa pulang anak pokok kelapa, benih sayur-sayuran dan jagung manis, memang sangat gembira tak sangka suasana amat meriah kerana ini adalah pengalaman pertama saya hadir ke program jualan sebegini.

“Bagi saya agihan anak benih ini amat bagus bagi mendidik generasi muda untuk bercucuk tanam, meskipun tinggal di taman perumahan  kita masih boleh ubah halaman yang ada menjadi kebun kecil,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu mengulas mengenai produk ditawarkan pada jualan itu Khairulradhiah, harganya bukan sahaja murah tetapi lebih segar.

“Sebenarnya stok makanan dapur masih ada tetapi melihat sayur yang segar saya tidak lepasan peluang ini, harga pula mat berbaloi iaitu RM10 untuk enam ikat sayur.

“Jika nak bandingkan kedai biasa mungkin harganya antara RM15 hingga 20, jadi memang membantu rakyat untuk berjimat,” katanya.

Program jualan turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara.

Hadir sama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Melaka Ts. Nor Azhar Abdul Hamid serta Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Melaka Rozli Azizi Talib.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

679
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA BUKAN LAGI RAHSIA, CUMA TUNGGU MASA – AB RAUF
Next post IKAN MALONG 2.73KG BAWA REZEKI HARI MALAYSIA BUAT PEMANDU LORI