‘ITU PARTI DIA, SAYA JAGA KEPENTINGAN PARTI SAYA’ – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

TANJUNG BIDARA 17 September – Setiap parti bebas menyuarakan hasrat untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, PRN adalah pentas demokrasi terbuka, berikutan itu tiada pihak boleh dihalang daripada menyatakan hasrat masing-masing untuk bertanding.

β€œPentas demokrasi Melaka terbuka kepada mana-mana parti mahu menawarkan diri bertanding mana-mana tempat. Sebelum ada rundingan dengan pihak saya, mereka terbuka untuk menyatakan hasrat masing-masing.

β€œBergantung kepada perbincangan nanti dan hasilnya nanti kita akan maklumkan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Powering Knowledge STEM Discovery @ School 2026 di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Bidara, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Mahfudzah Mohamed Noor; Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan Mohd Zaki Mahat; Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah Ab Malek Kasim dan Guru Besar SK Tanjong Bidara Mohd Nasri Sahat.

Mengulas hasrat DAP untuk bertanding di lapan kerusi DUN Melaka, termasuk empat kerusi tambahan selain empat yang kini disandang parti itu, Ab Rauf berkata perkara berkenaan terserah kepada DAP untuk menentukan pendirian mereka.

β€œDia mahu bertanding di mana pun terpulanglah. Saya tidak boleh melarang sebab saya menjaga kepentingan parti saya. Saya tidak menjaga kepentingan parti orang lain.

β€œPembahagian kerusi hanya boleh diputuskan selepas persetujuan dicapai menerusi rundingan antara parti yang berkaitan. Kalau tertakluk kepada persetujuan antara kedua-dua parti, baru kita boleh putuskan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

386
Kongsi :
Previous post SUKARELAWAN PARAKOM PERLU KUASAI KEMAHIRAN TANGANI SITUASI CEMAS
Next post RM21.5 JUTA PERKASA KESEJAHTERAAN WARGA EMAS, OKU, KANAK-KANAK