
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober – Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House) di Taman Pengkalan Impian apabila seorang pembeli memenangi sebuah kereta Proton e.MAS 5 menerusi cabutan bertuah dianjurkan Shang Height Group.
Pembeli berusia 26 tahun, Chan Yik Chuen, diumum sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah itu pada Majlis Perasmian Rumah Pameran Projek i-Molek Taman Pengkalan Impian, di sini, 26 September lalu.
Pengurus Jualan Shang Height Group, Carolyn Choo berkata, projek i-Molek kini merekodkan jualan kira-kira 88 peratus, sekali gus mencerminkan sambutan positif daripada pembeli.
Menurutnya, i-Molek Rumah Bandar bukan sahaja sesuai sebagai kediaman jangka panjang, malah mempunyai potensi sebagai aset pelaburan berdasarkan lokasi strategik serta kemudahan yang tersedia di sekitarnya.
“Projek ini sangat sesuai untuk long stay atau sebagai investment. Kawasannya juga sangat strategik kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan komuniti seperti sekolah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kedai serbaneka dan pelbagai kemudahan lain.
“Faktor lokasi dan kemudahan berhampiran memberikan nilai tambah kepada mereka yang memilih i-Molek sebagai kediaman,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Terdahulu, Majlis Perasmian Rumah Pameran Projek i-Molek Taman Pengkalan Impian telah disempurnakan Pengarah Eksekutif Shang Height Group, Wong Zhi Chyi bersama Pengurus Jualan dan Pemasaran Regina Kim yang turut menyerahkan replika kunci kereta kepada pemenang hadiah utama.
Dalam pada itu, Carolyn berkata, cabutan bertuah berkenaan menjadi antara tarikan kepada pembeli i-Molek apabila pihak pemaju menyediakan sebuah kereta Proton e.MAS 5 sebagai hadiah utama.
“Lebih menarik, pembeli i-Molek masih berpeluang memenangi hadiah utama pada cabutan bertuah akan datang apabila sebuah Perodua Bezza bakal ditawarkan pada Januari 2027,” katanya.
Selain meraikan pembeli dan memperkenalkan rumah pameran projek, Shang Height Group turut melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan mengagihkan beras secara percuma kepada pengunjung.
Program berkenaan memberi peluang kepada pihak pemaju untuk mendekati komuniti setempat selain berkongsi manfaat bersama masyarakat yang hadir.
Shang Height Group dalam satu kenyataan turut merakamkan penghargaan kepada semua pembeli sedia ada serta orang awam yang hadir dan memberikan sokongan terhadap pembangunan projek i-Molek.
Dengan kira-kira 88 peratus unit telah terjual, i-Molek Fasa 2B kini menjadi antara pilihan bagi mereka yang mencari kediaman di kawasan Taman Pengkalan Impian, selain berpeluang menyertai cabutan bertuah akan datang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


