
Kluster Masjid Tanah catat 69 kes positif
AYER KEROH 31 Jan. – Melaka merekodkan satu kluster baharu iaitu Kluster Masjid Tanah pada hari ini dengan 69 kes positif COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, ia membabitkan kluster kilang yang dilaporkan semalam sekali gus menjadikan keseluruhan 17 kluster masih aktif di negeri ini.
Beliau berkata sehingga hari ini seramai 1,023 kontak rapat telah dikesan dan disaring.
“Daripada jumlah itu, 69 dikesan positif COVID-19 iaitu 20 individu kalangan warganegara dan 49 bukan warganegara.
“Bakinya, 951 individu negatif, manakala tiga masih menunggu keputusan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Rahmad berkata semua kes itu merupakan kes indeks yang disyaki daripada pekerja lain di kilang tersebut.
Beliau berkata keseluruhannya sebanyak 153 kes positif dicatatkan pada hari ini, iaitu 120 kes tempatan, satu kes import B, 32 kes banduan orang kena tuduh (OKT) atau pendatang asing tanpa izin (PATI).
“Setakat hari ini sebanyak 1,098 kes sedang dirawat, tujuh kes di unit rawatan rapi (ICU) dan enam kes memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
SALHAH MAHU KAWASAN LAPANG ‘DIHIJAUKAN’, BERI MANFAAT KEPADA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
AYER KEROH 29 September - Kerajaan Negeri mahu kawasan lapang yang disediakan dalam pembangunan perumahan di Melaka dimanfaatkan sebaiknya bagi...
DULU SELENGGARA SENAPANG, KINI TUAI CENDAWAN
AYER LIMAU 29 September - Jika dahulu rutin hariannya bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) dipenuhi tugas membaiki dan menyelenggara sistem...
JIMAT RM50, TAPI DAPAT BELI MACAM-MACAM
PENGKALAN BATU 29 September - Kupon bernilai RM50 yang diagihkan kepada orang ramai bersempena Jualan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) amat...
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
