TOK RAIS BAWA SEMANGAT SAYANG RAKYAT KE DUN SUNGAI UDANG

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

SUNGAI UDANG 12 Oktober – Kebajikan rakyat terus menjadi tumpuan Datuk Rais Yasin bagi mendekati penduduk, meninjau kehidupan mereka serta mengenal pasti keperluan golongan yang memerlukan bantuan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang.

Pendekatan itu dilaksanakan menerusi ziarah kasih Jelajah Sayang Rakyat yang turun padang ke kampung-kampung dan taman-taman perumahan dalam DUN tersebut sebagai lambang keprihatinan kepada rakyat.

Beliau yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap mantan Penyelaras DUN Sungai Udang berkata, pendekatan itu membolehkan beliau melihat sendiri keadaan penduduk, termasuk mereka yang berdepan masalah kesihatan dan memerlukan perhatian dari sudut kebajikan.

“Di DUN Sungai Udang ini, kita bukan sahaja ada kampung-kampung tradisi dan kem tentera, malah ramai anggota yang berkhidmat sebelum ini memilih untuk menetap di sini selepas bersara.

“Jadi, antara tumpuan utama ziarah kita adalah menyantuni rakyat yang kurang bernasib baik dan begitu juga veteran tentera yang diuji dengan masalah kesihatan,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas mengadakan ziarah kasih ke lima buah rumah di Taman Terendak Permai dan Bukit Terendak, di sini, pada Ahad.

Rais berkata, Kerajaan Negeri akan terus komited membantu golongan yang memerlukan menerusi pelbagai inisiatif kebajikan, termasuk bantuan berkaitan kesihatan seperti rawatan dialisis.

Menurutnya, usaha menyantuni penduduk secara berterusan penting bagi memastikan kebajikan masyarakat terus diberi perhatian, khususnya mereka yang berdepan kesukaran hidup dan masalah kesihatan.

“Insya-Allah ziarah kasih ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai sebahagian daripada usaha mendekati penduduk di seluruh DUN Sungai Udang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

690
Kongsi :
Previous post DARI HUTAN RUMBIA JADI DENAI RIADAH
Next post SUARA ANAK ASNAF JADI INPUT MAIM RANCANG KEPERLUAN MASA DEPAN