PRN MELAKA: AKMAL TERUS JADI PILIHAN BN DI DUN MERLIMAU

Masa Membaca:27 Saat

AYER KEROH 24 Oktober – Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon Barisan Nasional Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

PRN Melaka dijadual berlangsung pada 14 November ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

572
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: BAN HONG PERTAHAN DUN KLEBANG
Next post PRN MELAKA: KHAIDHIRAH KEMBALI DIBERI KEPERCAYAAN TANDINGI DUN RIM