13 PENYANDANG BN DIBERI KEPERCAYAAN PERTAHAN KERUSI

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 24 Oktober – Seramai 13 penyandang Barisan Nasional (BN) dikekalkan sebagai calon bagi mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi BN Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon Barisan Nasional Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Antara penyandang yang dikekalkan ialah Datuk Rosli Abdullah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi; Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh DUN Tanjung Bidara; Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer DUN Ayer Limau; Datuk Zulkiflee Mohd Zin DUN Taboh Naning.

Diikuti Datuk Ngwe Hee Sem DUN Machap Jaya; Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan DUN Asahan; Datuk Rais Yasin DUN Paya Rumput; Datuk Tuminah Kadi@Hashim DUN Pantai Kundor; Datuk Wira Lim Ban Hong DUN Klebang; Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem DUN Duyong; Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman DUN Telok Mas.

Selain Datuk Khaidhirah Abu Zahar DUN Rim dan Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh DUN Merlimau yang diberikan kepercayaan untuk mempertahankan kerusi masing-masing pada pilihan raya kali ini.

PRN Melaka dijadual berlangsung pada 14 November ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

886
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: BN HANTAR 3 CALON WANITA
Next post PRN MELAKA: 8 MUKA BAHARU BN DIGESA KERJA LEBIH KUAT DAN MANTAP