PERTEMUAN BN-MCA PERLIHAT PERKEMBANGAN POSITIF

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

DURIAN TUNGGAL 27 Oktober – Pertemuan antara Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan MCA berhubung kedudukan parti itu dalam gabungan berkenaan memperlihatkan perkembangan positif, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, pertemuan itu turut melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir serta Pengerusi BN MelakaΒ Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata pengumuman lanjut berhubungΒ hasil pertemuan itu diserahkan kepada Ab Rauf yang diberi mandat untuk berbuat demikian.

β€œSaya tidak dapat mengumumkannya sehingga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka yang telah saya berikan mandat untuk membuat pengumumannya. Sila tanya soalan susulan kepada beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup JELITA Latihan Pecutan Intensif 12 Jam di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek; Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Penasihat TVET JELITA Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari serta Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin.

Mengulas isu berbangkit berkaitan calon BN di beberapa kawasan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, beliau berkata penyelesaian secara dalaman akan diutamakan bagi mencari jalan terbaik.

Katanya, isu sedemikian lazim berlaku ketika pilihan raya dan bukan hanya melibatkan BN, malah parti gabungan lain.

β€œKita akan lakukan langkah penyelesaian secara dalaman. Di mana-mana pilihan raya kecil atau PRN, apatah lagi Pilihan Raya Umum (PRU), memang ada permasalahan yang begini, bukan hanya kepada BN sahaja tetapi berlaku juga kepada parti-parti gabungan yang lain.

β€œIni sesuatu yang lazim dan tidak ada sesuatu yang mustahil untuk kita cari jalan penyelesaian yang terbaik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

521
Kongsi :
Previous post INISIATIF JELITA PEMANGKIN EKONOMI 10,000 WANITA MALAYSIA