104 AHLI PKR TANJUNG BIDARA SERTAI UMNO

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

TANJUNG BIDARA 27 Oktober – Seramai 104 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Tanjung Bidara mengambil keputusan menyertai UMNO, sekali gus menyatakan sokongan terhadap perjuangan parti itu dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, penyertaan berkenaan pada asalnya tidak termasuk dalam jadual program, namun pihaknya mengambil pendekatan terbuka untuk menerima mereka kembali menyertai UMNO.

Beliau berkata, keputusan kumpulan berkenaan menunjukkan mereka menyedari perjuangan UMNO dan BN yang perlu diberikan sokongan.

“Saya amat terharu dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka untuk kembali bersama UMNO dan BN, khususnya dalam Parlimen Masjid Tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional P134 Parlimen Masjid Tanah yang disempurnakan Pengerusi BN, Datuk Seri Utama Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Terbuka Villa D’Acqua, Kampung Pulau, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pelancaran jentera pilihan raya itu, Ab Rauf berkata, program berkenaan telah memperkenalkan lima calon yang telah dinamakan bagi kawasan Parlimen Masjid Tanah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya.

Beliau berkata, semua calon dan jentera parti sudah diberikan komitmen untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

310
Kongsi :
Previous post TANJUNG BIDARA TARIK PELANCONG, HUBUNG DUNIA MELALUI KABEL DASAR LAUT
Next post SAMBUNGAN JAJARAN WCE MAMPU PACU MASJID TANAH ANTARA KAWASAN TERMAJU DI MELAKA – ZAHID