PRN MELAKA: DUA PENJURU DI DUN DUYONG

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

DUYONG 31 Oktober – Persaingan merebut kerusi N21 Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menyaksikan pertembungan dua penjuru selepas kedua-dua calon mengemukakan kertas penamaan masing-masing di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Kompleks Japerun Duyong di sini, hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang juga penyandang kerusi DUN tersebut tiba di PPC kira-kira jam 8.35 pagi dengan diiringi Setiausaha Agung UMNO Malaysia Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki selain penyokong yang turut hadir memberikan sokongan.

Ketibaan beliau disambut penyokong parti yang membawa bendera dan sepanduk, sekali gus menyemarakkan suasana di sekitar pusat penamaan calon berkenaan.

Turut mengemukakan kertas penamaan calon ialah Poo Long Suan daripada Pakatan Harapan – DAP, sekali gus menjadikan kerusi berkenaan menyaksikan persaingan dua penjuru.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya N21 Duyong Mohd Azri Mohideen Abdul Kadir mengumumkan penutupan penghantaran borang penamaan calon pada jam 10 pagi tadi.

Keputusan itu sekali gus mengesahkan persaingan bagi kerusi DUN Duyong pada PRN Melaka Ke-16, dengan setiap calon kini mempunyai tempoh berkempen selama 14 hari untuk mendapatkan sokongan pengundi.

Hari pengundian awal ditetapkan pada 10 November, manakala hari pengundian berlangsung pada 14 November ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

432
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: SAINGAN TIGA PENJURU DI SUNGAI UDANG
Next post PRN MELAKA: MERLIMAU SAKSI PERTEMBUNGAN DUA PENJURU