
PRN MELAKA : ‘ALONG’ TIDAK PANDANG MUDAH SAINGAN DI ASAHAN
ASAHAN 31 Oktober – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan tidak akan mengambil mudah cabaran pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Katanya, status sebagai penyandang kerusi DUN Asahan juga bukan satu kelebihan buat dirinya yang dicabar lawan daripada Pakatan Harapan (PH).
Tegasnya setiap calon mempunyai peluang yang sama apabila gelanggang pilihan raya dibuka meskipun terdapat pandangan bahawa beliau memiliki kelebihan sebagai penyandang.
βBagi saya apabila gelanggang dibuka, semuanya ‘fair and square’ (adil dan saksama), gerak kerja tetap bersama dan kita lakukan daripada A.
βWalaupun saya dikhabarkan sebagai ‘incumbent’ (penyandang) di Asahan sebelum ini dan mempunyai peluang lebih cerah, namun saya bersama jentera telah tetapkan bahawa kita kena bekerja habis-habisan supaya kemenangan mutlak dapat milik kembali kepada Barisan Nasional,β katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas proses penamaan calon bagi DUN Asahan di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Teknorat ADTEC JTM Kampus Selandar, di sini, hari ini.
Pada PRN Melaka Ke-16, Dr. Fairul Nizam berdepan persaingan dua penjuru dengan calon Pakatan Harapan (PH), P. Denesh.
Kedua-dua calon mempunyai tempoh berkempen selama 14 hari sebelum pengundian pada 14 November ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


