PRN MELAKA: ACIK ZUL TAK JANJI YANG ‘BOMBASTIK’ TAPI JANJI REALISTIK

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

TABOH NANING 5 November – Penyandang kerusi N05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin merancang pembangunan di DUN itu secara realistik dan hoslistik.

Zukliflee yang juga calon BN yang mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 berkata, beliau tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi lebih fokus kepada aspek penyediaan keperluan infrastruktur yang mencukupi selain tidak mengabaikan hal kebajikan rakyat.

Calon nombor 2 DUN Taboh Naning ini tidak menafikan ada pihak yang cuba membuat provokasi dengan mengatakan tidak banyak perubahan sepanjang lima tahun beliau mentadbir DUN berkenaan.

“Kita perlu berpijak di bumi yang nyata, Taboh Naning adalah DUN di luar bandar, jadi tidak logik kalau saya berjanji mahu bina hotel lima bintang, lapangan terbang atau padang golf.

“Sebagai anak tempatan, Taboh Naning amat dekat dengan saya. Jadi fokus saya adalah menyediakan infrastruktur mencukupi sesuai dengan kehendak semasa kerana ketika ini banyak taman perumahan baharu dibuka hasil daripada kepesatan pembangunan kawasan perindustrian sekitar,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Katanya, DUN berkenaan menjadi antara lokasi bagi mereka yang mahu menetap di kediaman dalam suasana kampung yang tenang atau berehat akibat kepenatan selepas seharian keluar mencari rezeki.

“Saya mengusahakan kemudahan berpandukan keinginan masyarakat, apabila banyak taman perumahan sudah pasti ada anak-anak akan bersekolah. Susulan itu kelas atau bilik darjah perlu ditambah begitu juga kemudahan kesihatan, fasilitI sedia ada juga perlu ditingkatkan kualiti perkhidmatannya. Semua ini sedang dan akan dilaksanakan.

“Sepanjang turun padang menyantuni rakyat saya terima banyak permintaan seperti menaik taraf jalan, longkang, kemudahan dewan dan fasiliti di taman-taman perumahan, insya-Allah semua ini akan diangkat ke agensi pelaksana berkenaan bagi tindakan susulan,” katanya.

Bagi PRN Melaka Ke-16 Zulkiflee yang mewakili BN diberi kepercayaan mempertahankan kerusi itu yang dimenanginya pada pilihan raya 2021.

Dalam saingan tiga penjuru itu Zulkiflee menang majoriti 1,825 undi selepas memperoleh 3,170 undi mengatasi Hashim bin Mohamad / Abu Hashim bin Abdul Samad (PN – PAS) (1,345 undi) dan Zairi bin Suboh (PH – AMANAH) (1,024 undi)

Sementara itu bagi PRN Melaka Ke-16 N05 Taboh Naning merekodkan seramai 11,299 pemilih yang berdaftar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

480
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: 80 PERATUS ISU BANJIR DUN AYER LIMAU BERJAYA DITANGANI – HAMEED
Next post PRN MELAKA: ‘ABANG HAKIM’ MAHU SEGARKAN LAGI WAJAH PEKAN MASJID TANAH