KELUHAN RAKYAT BUKAN BEBAN, SEBALIKNYA AMANAH – NADARAJAH

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

GADEK 5 November – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, S Nadarajah menegaskan kesediaan menjadi pendengar yang sabar dan memahami denyut nadi rakyat sebagai asas untuk memikul amanah sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Menurutnya, setiap keluhan dan aduan penduduk perlu diberikan perhatian tanpa mengira sama ada ia disampaikan dalam keadaan tenang mahupun emosi kerana semua itu mencerminkan permasalahan yang dihadapi rakyat.

Calon nombor empat DUN Gadek ini berkata, seseorang wakil rakyat perlu mempunyai kesabaran untuk mendengar setiap luahan sebelum mencari jalan penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan.

“Walaupun kadang-kadang ada penduduk marah, kita perlu mendengar kerana kemarahan itu bukan ditujukan kepada kita sebaliknya berpunca daripada perkara yang mereka tidak dapat, tidak capai atau belum dapat ditunaikan.

“Bagi menangani semua ini dengan berkesan wakil rakyat perlu jadi rakyat,” katanya pada sidang media ketika ditemui selepas lawatan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh ke Bilik Gerakan DUN Gadek, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah dan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan

Mengulas mengenai cabaran sebagai satu-satunya calon MIC yang bertanding mewakili BN pada PRN kali ini, Nadarajah mengakui tekanan merasai terkanan, namun pengalaman mengikuti gerak kerja kempen bersama Pengerusi BN Melaka dan pemimpin tertinggi lain memberikan pendedahan awal kepadanya.

“Jadi pengalaman itu amat membantu dan saya gunakan untuk memahami tanggungjawab serta cabaran menjadi seorang wakil rakyat,” katanya.

Jelasnya, penerimaan masyarakat Melayu terhadap pencalonannya setakat ini amat memuaskan namun masih banyak usaha perlu dilakukan bagi meraih sokongan lebih besar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

319
Kongsi :
Previous post NADARAJAH BUKAN ORANG BAHARU DALAM KHIDMAT MASYARAKAT DUN GADEK
Next post PRN MELAKA: EPISOD LOMPAT PARTI TIDAK AKAN BERULANG DI REMBIA – AB RAUF