
PRN MELAKA: UMNO MAHU PASTIKAN PAS DAPAT MANDAT RAKYAT DI BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 6 November – Atas dasar keikhlasan dan perpaduan, jentera Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO akan memastikan kemenangan calon PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.
Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, bagi mencapai objektif itu setiap kekurangan perlu ditambah baik dengan segera agar gerak kerja jentera dilaksanakan dengan berkesan serta memberikan impak bagi membantu kemenangan calon PAS.
“Kempen berbaki tujuh hari sahaja lagi sebelum pengundian, jadi kita perlu perhalusi untuk lihat apa yang kurang, tingkatkan lagi usaha agar calon yang kita angkat diberikan mandat oleh rakyat di DUN Bukit Katil.
“Jawatankuasa yang sudah dilantik juga perlu melaksanakan portfolio masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke DUN Bukit Katil di Bilik Gerakan DUN Bukit Katil, di sini, hari ini.
Hadir sama Calon PAS bagi DUN Bukit Katil Muhammad Ridzuan Mohd Sarif dan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Ayer Keroh Datuk Seri Michael Gan Peng Lam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
27 PENIAGA MEDAN SELERA SAMUDERA NIKMATI SEWAAN PERCUMA DUA BULAN
BANDAR HILIR 6 November - Seramai 27 peniaga di Medan Selera Samudera, Banda Hilir menerima manfaat pengecualian bayaran sewaan selama...
PRN MELAKA: ‘TIGA TAHUN KITA MEMANG SELARI’ – RAIS
SUNGAI UDANG 6 November – Pentadbiran Melaka menjalinkan hubungan kerjasama yang amat baik dengan Kerajaan Persekutuan sepanjang tiga tahun lalu demi...
PRN MELAKA: UNCLE WONG ANGGAP HELMY ‘BFF’, PUJI KEIKHLASANNYA BANTU RAKYAT
DUYONG 6 November - Hubungan terjalin sejak lima tahun lalu lebih daripada seorang Yang Berhormat dan rakyat, sebaliknya dianggap cukup...
PRN MELAKA: ANAK MUDA MAHU KECEMERLANGAN PENTADBIRAN AB RAUF DITERUSKAN
SUNGAI UDANG 6 November - Anak muda Melaka mahu melihat kesinambungan kecemerlangan pentadbiran negeri diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘TOK AJAK’ CAKNA KESELESAAN RAKYAT
TELOK MAS 6 November - Keprihatinan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman...
PRN MELAKA : PENYELESAIAN ISU BANJIR KILAT, PENYELENGGARAAN LONGKANG JADI KEUTAMAAN RIDZUAN
BUKIT KATIL 6 November – Penyelesaian isu banjir kilat dan penyelenggaraan longkang antara fokus calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri...
